Sunday, April 18, 2010

Sejarah Melaka Akan Ditulis Semula

Umum mengetahui Melaka telah dibuka pada 1400 Masihi oleh Parameswara - seorang putera raja dari Srivijaya iaitu sebuah kerajaan Melayu dari Palembang, Sumatera. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Syah adalah raja terakhir memerintah Palembang sebelum baginda dihalau oleh tentera Majapahit.

Fakta tahun kemunculan Melaka ini kita ketahui semasa mula belajar sejarah di bangku sekolah lagi. Semua kitab sejarah lama dan baharu dan guru-guru sejarah kita mengajar kita fakta ini. Fakta ini terus dipegang sehingga ke hari ini.

Saturday, April 10, 2010

Anda Perlu Musykil Perkara-perkara Ini (Terkini 18 April)

Perkara-perkara berikut elok difikirkan para calon Ujian Akhir kursus MPW1133 nanti.
  1. Secara ringkas bezakan sistem raja mutlak dengan raja berperlembagaan dengan merujuk kepada sistem politik negara kita.
  2. Parlimen Malaysia tidak semata-mata berperanan sebagai badan perundangan negara. Ia juga mempunyai peranan bukan perundangan. Huraikan kedua-dua peranan tersebut.
  3. 'Pilihanraya kecil berbeza dengan pilihanraya umum.' Jelaskan kenyataan ini.

Friday, April 9, 2010

SEMINAR 60 TAHUN PASCA TRAGEDI NATRAH

Pengumuman ini mungkin agak terlewat. Namun diharap ia masih dapat mencuri perhatian sekurang-kurangnya pengunjung blog ini.

Maka anda dipersilakan untuk hadir ke seminar yang 'mengungkit' tragedi 60 tahun Natrah dan apa selepasnya, bertujuan menginsafkan ummah Islam khasnya generasi muda hari ini tentang perjuangan atas nama agama dan bangsa di bumi Melayu satu masa dahulu.

Biarlah program esok mendedahkan segala-galanya.



 -------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Pengalaman Harian Untuk Bantu Pembelajaran - Kes Dewan Rakyat

Entri kali ini ingin membawa perhatian pelajar kepada apa yang sedang berlaku di Dewan Rakyat - dewan rendah di Parlimen negara kita sekarang.

Cuba pelajar mengkhususkan carian berita dan laporan media - tentunya kerana ia adalah sumber berita dan maklumat semasa tentang perkembangan negara on daily basis - mengenai sidang Dewan Rakyat.

Saya pasti pelajar akan memahami bahawa peranan Dewan Rakyat (juga Dewan Negara nanti dan DUN) adalah untuk :
  1. menggubal dan/atau meminda undang-undang atau perlembagaan sendiri, 
  2. sebagai forum perdebatan isu-isu penting negara dan rakyat, 
  3. meluluskan dan mengenakan cukai (melalui pembentangan bajet pada September setiap tahun) dan juga (kuasa ini hanya untuk Dewan Rakyat tidak Dewan Negara),
  4. sebagai platform terbaik pihak eksekutif iaitu kerajaan yang memerintah di'check and balance' oleh ahli Parlimen pembangkang - secara berdepan - di atas apa-apa yang telah, sedang atau akan dilakukan oleh kerajaan jika ianya dilihat sebagai suatu kesilapan hingga menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.

Friday, April 2, 2010

Kedudukan Melayu dalam 1Malaysia dan Malaysian Malaysia

Konsep 1Malaysia tajaan Datuk Seri Najib membawa mesej keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang etnik dan agama. Ia adalah gagasan sosial yang besar dalam usaha mewujudkan bangsa-Malaysia. Dengan slogannya 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' dan kempen berterusan di media ia telah mencuri perhatian dan juga hati rakyat Malaysia.

Namun, di pihak tertentu konsep ini ada kelemahannya. Bagi orang Melayu (di luar lembaga pemerintah tentunya) konsep ini diragui kerana dilihat mirip konsep Lee Kuan Yew 50 tahun dulu iaitu Malaysian Malaysia. Generasi muda mungkin tidak tahu apatah lagi memahami intisari konsep tersebut dan implikasinya jika ia diterima oleh rakyat Tanah Melayu dan kemudian menjadi dasar atau undang-undang negara dalam perlembagaan Persekutuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...