Thursday, January 13, 2011

1511- 2011 : Tahun Ini Dalam Sejarah

Sejarah itu bagi orang Melayu ialah daulah atau kerajaan Melaka yang agung. Kewujudan kerajaan lama ini menjadi testimoni akan wibawa dan upaya orang Melayu dalam membangun sebuah peradaban bangsanya ke satu tahap yang diiktiraf dunia ketika itu walaupun mungkin tidak sehebat peradaban China yang ribuan tahun usianya.

Sistem kenegaraan negara hari ini pun ada susur galurnya daripada kerajaan Melayu lama tersebut. Selaklah kembali halaman-halaman dalam kitab 'Sejarah Melayu'. Ia sarat hujah dan dalilnya selain catatan dalam jurnal pelayar Eropah seperti Ptolemy dan lain-lain. Telitilah pula Perlembagaan Persekutuan negara - akan terjumpa kita adunan elemen tradisi tersebut dengan elemen moden.

Tuesday, January 11, 2011

Bibliografi Merdeka

Kepada para pelajar atau pengkaji sistem dan institusi perlembagaan Malaysia sila klik di sini untuk mendapatkan bibliografi atau senarai bahan bacaan mengenainya. Di antaranya adalah bahan yang agak klasik iaitu dokumen yang ditulis sekitar tahun kemerdekaan Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia.

Melengkapkan senarai bahan rujukan ini adalah karya kritis sarjana tempatan dan luar negeri mengenai teori dan amalan perlembagaan di negara kita. Dokumen yang dinamakan Bibliografi Merdeka ini disediakan oleh Seksyen Pusat Sumber, Jabatan Peguam Negara 2010.


Para pengkaji juga boleh memuaturun terus bibliografi tersebut yang berjudul Bibliografi Merdeka dari Box Kenegaraan Malaysia.

Selamat mengkaji.

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

Friday, January 7, 2011

Perubahan Format Penilaian Kursus MPW1133

 Dimaklumkan bahawa mulai semester ini, format penilaian kursus telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Langkah ini juga dibuat sejajar dengan perkembangan semasa dalam aspek penilaian kursus.

Perubahan pertama adalah seperti dalam jadual berikut. Perubahan ini adalah mengenai penstrukturan semula agihan markah penilaian.

DUN Tenang - Gelanggang Baru PRK ke-14

Seakan suatu 'tren', kematian wakil rakyat terus mengisi dan mewarnai berita siasah tanah air. Terbaru ADUN Tenang, Labis Johor - Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember 2010 lalu.

Menurut SPR, oleh kerana tempoh untuk PRU 13 akan datang masih panjang, satu PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari setelah kerusi DUN dikosongkan secara rasmi. Maka, SPR telah menetapkan bahawa PRK untuk DUN Tenang N05 akan diadakan pada 30 Januari 2011. Penamaan calon pula jatuh pada 22 Januari.


Kepada warga pengundi di DUN Tenang, selamat mengundi.

Gambar diambil dari Blog Warkah Daily (http://warkahdaily.blogspot.com)

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...