Monday, February 21, 2011

Soalan Esei Untuk Kuliah Khas MPW1133

Berikut adalah senarai 9 soalan tugasan esei untuk dipilih oleh pelajar Kuliah Khas MPW1133 semester ini.

Perlu diingatkan bahawa ini adalah tugasan individu.

Pelajar yang telah memilih tajuk tugasan sila daftarkan nombor soalan tugasan kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Pendaftaran mengikut prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Pelajar hanya diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan tajuk esei. Oleh itu, fikirlah masak-masak sebelum mendaftarkan tajuk tugasan anda.

Kaedah dan format esei telah diterangkan semasa kuliah terakhir yang lalu. Esei yang sudah lengkap disiapkan hendaklah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya hari terakhir minggu ke-13 nanti.

Wednesday, February 9, 2011

Penulisan Esei : Satu Peringatan Semula!

Menjawap soalan objektif lebih mudah daripada menjawap soalan subjektif. Soalan bentuk ini tidak menduga dan mendorong pelajar berfikir dengan lebih teliti, kritis dan objektif. Orang kata 'baling buah dadu' pun boleh dapat jawap soalan objektif! Main taram pun mungkin boleh kena jawapannya.

Tapi peluang ini tidak wujud bagi soalan objektif terutamanya soalan berbentuk esei atau membuat tugasan berbentuk esei (panjang). Tulislah panjang manapun tapi jika tiada fakta dan analisisnya tulisan itu pasti menjadi hambar. Tentu markahnya sangat rendah.

Mengapa menulis esei lebih sukar ?

Wednesday, February 2, 2011

Peringatan Untuk Pelajar Kuliah Khas MPW1133

Peringatan kepada pelajar Kuliah Khas MPW1133 :

Adalah diharapkan bahawa anda tidak mengambil ringan dengan tugasan yang telah diberikan. Memandangkan format kuliah telah diubah untuk lebih mesra-pelajar dan kelonggaran tertentu telah diberikan, maka saya menjangkakan anda bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan dengan hasil yang bermutu.

Pada peringkat ini, sebarang kelemahan dan kecuaian sama yang berulang tidak akan boleh ditolak ansur lagi. Tanpa disiplin yang tinggi dan sikap yang lebih positif, 'takdir' yang sama boleh terjadi sekali lagi. Ketika itu berlaku, 'nasi sudah menjadi bubur'. Alasan demi alasan tidak akan mengubah keadaan yang selama ini membelenggu anda.

Perubahan adalah satu kemestian!

Justeru, menjelang 11 Februari kelak, tiga tugasan pertama anda akan dihantar kepada saya menggunakan format dan kualiti yang saya harapkan.

Cikgu Bad
Pensyarah MPW1133
Kolej UNITI

-------------------

 'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...