Wednesday, September 28, 2011

Perspektif Peguam Hak Asasi Tentang Hak Berhimpun

Kepada yang mencari bahan mengenai kebebasan berhimpun dan bersuara di tanah air kita, idea dari Amir Hamzah, seorang peguam hak asasi mungkin boleh membantu (tonton video klip di bawah).

Pemahaman kita mengenai hak ini dari perpektif alternatif ini tidak menjadikan kita seorang pembangkang kepada sistem atau undang-undang sedia ada. Ia perlu sebagai landasan untuk berfikir secara kritis agar kita lebih objektif, terbuka dan akhirnya dapat menemukan kebenaran - satu 'harta kemanusiaan' yang boleh disorokkan oleh pihak tertentu demi mencapai matlamat mereka.

Ingat ! Orang yang ingin berkuasa, kekal berkuasa atau mempertahan kuasa atau ingin mula berkuasa juga cenderung memilih untuk berpegang dan melaksanakan prinsip Machievelli iaitu 'matlamat menghalalkan cara' jika keadaan memaksa. Golongan ini dibutakan hati dek kerana mengejar kebendaan (material) dan survival atas nama etnik, agama, tanah air di mana semuanya adalah samaran atau topeng ke atas niat sebenar mereka.

Kepada pelajar Kenegaraan / Pengajian Malaysia anda dituntut untuk bersikap kritis bukan reseptif lagi pasif terhadap idea-idea dan prinsip yang membina kenegaraan kita (harap tidak disalah erti sebagai satu pilihan untuk mempertikai teras kenegaraan seperti Rukunegara dan perlembagaan Malaysia).





-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

Monday, September 19, 2011

Testing

Testing
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 15, 2011

Kesan Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Permohonan Semakan Semula Penemuan dan Syor Kes Klip Video Lingam

Laporan BERNAMA berikut yang dikutip Malaysiakini 13 Sept 2011 mengenai permohonan semakan semula terhadap penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Klip Video Lingam yang sarat kontroversi.

Berita ini memperjelaskan lagi autoriti (kuasa) Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan suatu pertikaian apabila ia berkait soal perlembagaan, atau terhadap rayuan dari mahkamah lebih rendah apabila pihak yang kalah atau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah sebelumnya di mana ia :

1) tidak boleh lagi dicabar setelah keputusan itu dibuat kerana ia adalah muktamad (final).

2) ia mempunyai kuasa atau implikasi perundangan iaitu ia menghalang sebarang percubaan baru mana-mana pihak untuk memohon semakan semula ke atas penemuan atau dapatan atau syor yang dibuat hasil penyiasatan  suruhanjaya diraja ke atas suatu kes yang membabitkan kepentingan awam selepas ini.

Inilah yang dimaksudkan sebagai keputusan mahkamah yang mengikat. Dalam Bab 12 Kehakiman halaman 123 buku saya, di bawah sub tajuk Beberapa Istilah Perundangan ada disentuh mengenai maksud keputusan mahkamah lebih tinggi mengikat (bind) hakim-hakim mahkmah lebih rendah jika membicarakan kes yang sama atau hampir sama.


Precedent case (Kes Duluan)

Kes yang pertama kali dibicarakan di mahkamah. Keputusan kes ini akan menjadi rujukan kpd hakim-hakim mahkamah lain jika kes yg sama/hampir sama dibicarakan. Dengan kata lain, keputusan kes ini akan mengikat para hakim kemudian untuk membuat keputusan dalam kes sama atau hampir sama yang dibawa kepadanya.

------------



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...