Monday, November 5, 2012

Apa itu 1Malaysia ?

Ingin tahu lebih lanjut mengenai 1Malaysia - konsep atau falsafahnya dan hal-hal lain berkaitan ? Muaturun Booklet 1Malaysia di sini.

-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Naskah Terbaru Mengenai Perlembagaan Malaysia

Kini sebuah buku baru yang membicarakan tentang perlembagaan sebagai teras kenegaraan bangsa kita telah berada di pasaran.

Buku yang bertajuk 'The Bedrock of Our Nation : Our Constitution' ini adalah tulisan akademik Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dari UiTM Shah Alam. Profesor ini kini memegang gelaran Profesor Emeritus Undang-undang UiTM dan pemegang Kerusi Tun Sambanthan USM.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai buku ini yang saya kutip dari laman sesawang www.zubedy.com


The Bedrock of Our Nation: Our Constitution is a focus on the spirit of moderation and accommodation that animated the Basic Law of the Malaysian Federal Constitution. Starting with the larger framework of how it was drafted and its deeper meanings; we zoom in to a micro view of how it serves our nation through issues like social contract; the special position of the Malays, the natives of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities; the position of Bahasa Malaysia in relation to other languages; freedom of religion; emerging issues in interethnic relations; and the issue of Muslim apostasy and ‘kalimah Allah’.

With the constitution as our reference point, we discover its beauty as document of unity and bedrock of our nation in the face of new developments and challenges.




Selamat membaca.

-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2012

Sunday, April 8, 2012

Betapa Islam Disalah Tanggap di Malaysia

Tulisan berikut mencelikkan kita mengenai salah tanggap lazim mengenai kedudukan Islam di tanah air kita. Ia adalah salinan semula kertas kerja Haji Mahamad Naser bin Desa, seorang ahli perundangan negara yang dibentangkan di Seminar Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara di Masjid Negeri Shah Alam pada 17 Ogos 2011.

Klik di sini untuk ke sumber kertas kerja tersebut.

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

Friday, March 2, 2012

Redemption and freedom at last

Berita tahun 2006 berikut adalah mengenai Kuasa Pengampunan DiRaja sebagai peluang terakhir kepada si tertuduh selepas proses rayuannya tamat di Mahkamah Persekutuan.

Redemption and freedom at last

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2012

Sunday, January 29, 2012

Yang Lama Itu Tidak Lagi Dikelek, Yang Baharu Saja Terus Dijunjung

Salah satu objektif mempelajari Pengajian Malaysia ialah untuk generasi muda hari ini mengenal kembali akar budaya dan tradisi bangsanya.

Tidak boleh dinafikan - akibat proses pemodenan dan dipacu oleh jentera pensegajatan Barat seperti kecanggihan dan kemudahan teknologi maklumat dan peranan media massa - generasi pasca merdeka makin menipis patriotismenya. Generasi baru ini khasnya remaja dan belia hari ini sudah kurang mengenali pusaka bangsanya dan semakin hilang sifat jati diri. Yang lama tidak lagi dikelek, yang baharu saja yang terus didukung.

Bacalah tulisan sarjana mengenai globalisasi dan kesan akibatnya serta amaran para alim ulama dan budayawan tentang ancaman dari Barat (khususnya) yang sedang berusaha - secara halus - menjajah pemikiran dan menakluk jiwa halus bangsa Timur dan beragama melalui gerak kerja 24/7 al ghazwu al-fikr selepas kegagalan kuasa Kristian Eropah terhadap kuasa hijau Islam dalam Perang Salib selama kira-kira 200 tahun dari abad ke 11 - 13 M lalu.

Pada masa sama carilah lagi ilmu dan maklumat mengenai gerakan terancang golongan yang anti-Islam melalui tulisan ulama tentang kegiatan orientalisme yang tidak habis-habis berusaha memesong dan memomokkan Islam dan penganutnya. Kelak kita akan faham bahawa benarlah kalam Allah bahawa bahawa orang Yahudi dan Nasara tidak pernah akan redha dengan kita sehingga kita mengikut millah (cara hidup) mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...