Tuesday, March 30, 2010

Dakwaan Terpilih Peguam Negara ke Atas Tokoh Politik - Benarkah?

Dalam situasi yang begitu terbuka dan pemikiran yang lebih terdedah kepada idea-idea hak asasi dan demokrasi, tingkah laku pihak berkuasa sama ada pemerintah (eksekutif) polis, kastam, imigresen dan badan penguatkuasa lain yang melakukan salah laku, rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng dan sebagainya semakin berani didedahkan oleh rakyat kepada pengetahuan umum selain pihak berkuasa itu sendiri.

Entri hari ini memetik laporan Malaysiakini bertarikh 29 Mac 2010 mengenai sikap berat sebelah dan diskriminasi Peguam Negara dalam membuat dakwaan ke atas orang politik, sebagaimana yang didakwa oleh seorang peguam. Cuma penyiaran kali ini agak lari dari norma biasanya kerana ia menyentuh tentang isu atau kesalahan seksual yang dilakukan atau dituduh dilakukan oleh tokoh politik.

Friday, March 26, 2010

Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

Berikut adalah entri dalam blog personal saya yang ditulis kira-kira setahun lalu. Entri ini disalin semula di sini kerana termuat unsur-unsur yang sesuai untuk siaran dalam blog Kenegaraan Malaysia kali ini.

Mungkin gaya penulisannya agak 'lari' sedikit dari gaya ala 'suku-ilmiah' dalam blog ini. Tapi diharap dengan kelainan ini, mesej saya lebih mudah diterima oleh pembaca blog ini, khasnya pelajar saya.

--------------------
April 4, 2009 (klik di sini untuk sumber asal entri ini).

Dalam kursus Pengajian Malaysia, 'Demokrasi Berparlimen' menjadi satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Topik ini adalah bagian atau sisi penting kenegaraan untuk pelajar dan kita semua memahami sistem politik negara.

Monday, March 22, 2010

Penggubalan Undang-undang - Kes ISA

Pindaan undang-undang hanya boleh dilakukan di dalam sidang Parlimen sahaja (juga di DUN untuk peringkat negeri). Ini adalah kehendak perlembagaan itu sendiri di mana hanya badan perundangan (legaslatif) yang diberi kuasa untuk menggubal, meminda bahkan memansuhkan suatu undang-undang.

Namun kerja-kerja awal perlu diselesaikan mengikut prosedur atau tatacaranya, tahap demi tahap agar usul pindaaan undang-undang itu betul-betul bersedia untuk dibentangkan semasa sidang Parlimen.

Mengikut kelazimannya, undang-undang yang hendak dipinda (termasuk undang-undang baru yang hendak digubal) dimulakan oleh pihak kerajaan melalui kementerian yang berkaitan. Kita tidak pernah mendengar usul pindaan undang-undang disedia dan dibawa oleh ahli Dewan Rakyat dari kalangan pembangkang atau pihak lain.

Wakil Rakyat Bebas di Parlimen - Fenomena Baru?

Dalam sidang badan legaslatif, komposisi ahli dewan lazimnya terpecah kepada 2 blok politik iaitu blok parti pemerintah dan blok parti pembangkang.

Parti pemerintah menjadi blok yang dominan kerana menguasai majoriti kerusi dewan sedangkan parti pembangkang menjadi blok minoriti. Sama ada ia signifikan atau tidak ditentukan oleh keberkesanan peranannya untuk check and balance ke atas tingkah laku eksekutif semasa sidang berlangsung.

Di negara kita komposisi ini jelas ditunjukkan sama ada di dewan legaslatif persekutuan (Parlimen) atau negeri (DUN). Namun, adakalanya wujud satu lagi blok politik iaitu blok wakil rakyat bebas.

Blok ini wujud kerana ada calon yang bertanding atas tiket bebas menang dalam pilihan raya sama kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri, mengalahkan calon favourite dari parti politik pemerintah atau pembangkang.

Wakil rakyat bebas juga boleh lahir apabila wakil rakyat dari parti pemerintah atau pembangkang, atas sebab tertentu - keluar parti dan kemudian mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas.

Sunday, March 14, 2010

Perlembagaan PTM 1957 - Proses Penggubalannya

Pemahaman mengenai penggubalan undang-undang tertinggi negara mestilah menyorot kembali sejarah awal proses asalnya pada tahun 1956 iaitu sekembalinya rombongan Tunku Abdul Rahman merundingkan kemerdekaaan negara dengan kerajaan Inggeris di United Kingdom.

Pelajar boleh merujuk sisi-sisi penting proses ini di dalam kertas kerja bertajuk 'Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu' yang telah dibentangkan oleh ahli sejarah negara dari UKM iaitu Profesor Dr. Nik Anuar Nik Mahmud.

Jawatan PM - Antara Undang-undang dan Tradisi

Dato' Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia ke-6. Sebagaimana 5 orang Perdana Menteri terdahulu, beliau adalah seorang Melayu dan beragama Islam.

Semenjak era Tunku Abdul Rahman lagi,  jawatan Ketua Menteri (selepas PRU 1955 utk kabinet pertama) dan kemudian Perdana Menteri pasca-1957 hinggalah sekarang jawatan Ketua Eksekutif Malaysia ini seakan milik warganegara berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Adakah ini mempunyai asas undang-undang di sisi perlembagaan?

Friday, March 12, 2010

Buku Baru di Pasaran

Karya terbaru terbitan 2010 Chamil Wariya dalam siri buku Kenegaraan Malaysia bertajuk 'Malaysia : Asas Pembinaan Negara Bangsa, Institusi Pemerintahan & Lambang Kebangsaan' telah berada di pasaran. Karya ini sebenarnya adalah karya lama '50 Fakta Asas Kenegaraan' yang diberi judul baru dengan sedikit penambahan isi, sesuai dengan keperluan semasa.

Dengan persembahan yang menarik dan gaya bahasa yang mudah difahami, karya ini wajar menjadi rujukan utama semua pelajar Pengajian atau Kenegaraan Malaysia di IPTA dan IPTS. Buku ini boleh didapati di semua kedai buku utama di negara kita dengan harga RM65 senaskah.



-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

Monday, March 8, 2010

Toleran versus Muhibbah dan Samahah

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM , Dr Wan Azhar Wan Ahmad dalam satu rancangan temubual di Radio IKIM pagi ini telah memberikan satu perspektif baru mengenai kaedah mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk, khasnya di negara kita.

Beliau, sebagaimana yang sempat saya ikuti buah fikirannya di akhir waktu siaran, menyatakan bahawa istilah atau terma toleran yang sangat diwar-warkan sebagai sikap atau pendekatan dalam cara hidup masyarakat majmuk bukanlah suatu yang betul dan tepat. Ini kerana ia hanya mewujudkan satu sikap lemah di pihak yang mengamalkan toleransi.

Kita Yang Kian Terbuka dan Liberal - Pengaruh dan Tekanan Parti Perkauman

Parti siasah di Malaysia kebanyakannya ditubuhkan atas dasar perkauman. Ukuran asas kepada kenyataan ini ialah keahlian parti siasah ini hanyalah terbuka di kalangan satu kaum sahaja. Dalam klasifikasi ini, UMNO, MCA dan MIC mengisi senarai teratas parti perkauman di negara ini.

Manakala GERAKAN, PPP, malah DAP dan PKR pula adalah parti siasah pelbagai kaum, sebagaimana yang pernah dimulakan oleh almarhum Dato' Onn Jaafar ketika menubuhkan Parti Negara dahulu. Cuma kebanyakan ahli parti ini pun kelihatannya didominasi kaum tertentu. GERAKAN dan DAP misalnya terdiri dari majoritinya kaum Cina. Bakinya barulah kaum India dan Melayu. Teraju utama kepimpinan juga seakan dimonopoli oleh satu kamu sahaja.

Pertembungan Siasah untuk Merebut Kuasa Eksekutif

Di mana-mana negara pun, persaingan siasah untuk merebut kuasa adalah antara kegiatan utama masyarakat yang mengisi kalendar tahunan negara.

Pada pengamatan kita sama ada secara langsung atau melalui bacaan ke atas laporan, analisa, komentar berita di dada akhbar jelas diperlihatkan bahawa persaingan ini mewujudkan pertembungan idea, fikrah, sikap, pendirian dan pendekatan yang ketara dalam isu-isu yang cuba ditangani bersama.

Selalunya isu siasah menjadi lebih hangat apabila pertembungan itu dilihat sebagai perselisihan kaum atau agama.

Sunday, March 7, 2010

Politik Pemerintah, Liberalisasi Ekonomi Negara dan Per 153

Kepada semua pengunjung blog ini disarankan agar membaca posting terbaru A Kadir Jasin dalam blognya The Scribe bertajuk 'MEB: Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik'.

Walaupun saya ada menyenaraikan blog wartawan tersohor ini dalam laman blog pilihan saya, namun 'iklan' ekstra saya ini terhadap naskah beliau adalah untuk menangkap perhatian pengunjung blog ini terhadap pandangan kritis beliau mengenai kecenderungan pihak pemerintah (eksekutif) yang terlalu berkompromi dengan tuntutan perdagangan global hingga 'tegar' mengenepikan kontrak sosial demi survival politik mereka.

Adakah pendekatan dan sikap pemerintah ini wajar atau tidak, terpulang kepada anda semua untuk menilainya.

Saya salin semula naskah pemikiran A Kadir Jasin untuk renungan kita semua anak bangsa-Malaysia.

Thursday, March 4, 2010

Panduan (Tips) Ujian 1 MPW1133


Ujian 1 pada 19 Mac kelak bagi kursus Pengajian Malaysia akan meliputi Bab 1 hingga 6. Ujian ini menyumbang sebanyak 20% markah kepada markah keseluruhan.

Wednesday, March 3, 2010

Pengampunan Diraja Akan Tamatkan Isu Kartika

Seseorang yang disabit kesalahannya di sisi undang-undang negara mempunyai peluang untuk merayu ke mahkamah lebih tinggi bagi jika tidak berpuas hati kepada keputusan mahkamah pertama yang membicarakan kesnya. Namun peluang itu tamat apabila mahkamah rayuan terakhir iaitu Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memihak kepada keputusan mahkamah yang asal.

Keputusan oleh mahkamah ini adalah muktamad. Maka berakhirlah proses kehakiman dan pesalah tidak lagi mempunyai apa-apa lagi peluang untuk merayu. 'Talian hayat' kehakiman telah pun habis digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...