Thursday, March 31, 2011

Interlok - Tak Habis-habis Lagi!

Berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com ini semalam (klik di sini) tidak menggembirakan saya.

Setelah kaum India, kini kaum China pula - dengan kapasiti lebih besar melalui NGOnya - tampil memprotes Interlok. Seperti yang dijangkakan isi novel 40 tahun ini dinilai dan ditafsir sangat tidak mesra-kaum China dan India. Apa yang cuba dipotretkan SN Abdullah Hussain adalah, secara tersiratnya, bahawa orang Melayu adalah Tuan di tanah air ini. Manakala orang China dan India hanyalah pendatang yang menjadi warganegara kelas kedua dan didiskriminasi pemerintah.

Saya tidak membaca lagi karya yang disifatkan kontroversi ini. Justeru, adalah tidak adil untuk saya memberi ulasan muktamad selain apa yang telah saya berikan dalam entri sebelum ini. Cuma saya agak kesal kerana untuk kesekian kalinya protes ini boleh ditafsir sebagai pendekatan opurtunis di kala PRN Sarawak akan berlangsung 16 April nanti. Juga, mereka boleh juga dianggap mengambil kesempatan di atas slogan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri.

Agak ironis sekali kumpulan yang sama juga tidak bersetuju apabila disarankan atas nama 1Malaysia agar diwujudkan hanya sekolah satu aliran iaitu aliran kebangsaan. Pendirian-pendirian mereka ini tidak konsisten. Satu ketika bercakap mahukan kesamarataan dan perpaduan. Pada masa lain pula mereka bermati-matian mempertahankan sekolah aliran jenis kebangsaan demi memelihara warisan nenenk moyang mereka. Sebenarnya pendirian ini juga boleh ditafsirkan cerminan rasisme.

Tuesday, March 8, 2011

Interlok Di Sisi Sasterawan Negara

Kemelut karya sastera bertajuk 'Interlok' di sisi Pengajian Malaysia adalah satu lagi contoh kegagalan segelintir masyarakat Malaysia berfikir dengan otak yang waras. Agak malang apabila - untuk kesekian kalinya - isu yang sepatutnya bersifat akademik dipolitikkan.

Yang mensasikannya juga bukan sembarangan orang. Mereka bijak dan terpelajar tetapi menjadi irrational bila (kononnya) budaya warisan mereka dihina dalam sebuah karya sastera berbahasa Melayu. Ironisnya karya ini pernah memenangi anugerah sastera negara satu waktu dahulu.

Emosi yang sedang terbakar itu dengan mudahnya menjelmakan Interlok sebagai satu karya jahat perkauman. Dengan demonstrasi jalanan agenda kumpulan ini agar kerajaan menarik balik karya ini sebagai satu komponen teks sastera SPM mencuri perhatian umum.

Maka terjadilah isu kaum. Namun, sebahagian besar daripada kita masih boleh berfikir dengan lurus dan waras. Kemelut dan polemik ini sedang dirungkai oleh pohak kerajaan. Biarlah mereka yang menyelesaikannya sebagai pihak berkuasa negara.

Saya tidak ingin mengulas panjang kerana ada satu tulisan mengenainya akan saya siarkan tidak lama lagi di blog ini atau blog personal saya. Cukuplah saya menyalin semula satu laporan berita terbitan hari ini yang saya kutip dari Malaysiakini bertajuk 'Empat Sasterawan Negara Tampil Pertahan Interlok' untuk mengukuhkan pandangan akademik. Pandangan ini juga ada merit dan wibawanya kerana ia datang ahli ilmu sastera. Manakan tidak mereka semua adalah Sasterawan Negara (SN).


Tuesday, March 1, 2011

Ole-ole Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka

Disajikan dua ole-ole yang 'dibawa pulang' dari Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka pada 29 Januari lalu untuk renungan mendalam kita semua.

Pertama, sebuah sajak bertajuk Kegemilangan Melaka dideklamasikan oleh saudara Badrul Sani.


Kedua, montaj perasmian penutup konvensyen tersebut.



Dua karya dan sentuhan kreatif yang mengadun jiwa Melayu Islam terhadap peristiwa 500 tahun dahulu ini memberi kesan tersendiri untuk kita generasi muda yang mahu mengenali asal usul dan jati dirinya dalam persekitaran moden hari ini.

Terima kasih Isma dan Pembina yang menganjurkan konvensyen ini dan mengirim video klip di atas untuk tatapan umum di saluran awam YouTube.

Adalah jelas daripada konvensyen ini bahawa apabila 'Melayu Sepakat, Islam kan Berdaulat'. Inilah formula kepada kemelut politik intra-etnik Melayu-Islam Malaysia hari ini.


-------------------

 'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...