Blog dan Buku KM

Blog ini adalah medium baru yang menyajikan pandangan, maklumat dan ilmu berkaitan Kenegaraan Malaysia (KM) atau Pengajian Malaysia (PM) sama ada daripada pemilik blog atau sumber asalnya yang dikutip dari media tradisional dan baru.

Melaluinya perkongsian ini, ilmu atau sekurang-kurangnya pemikiran mengenai kursus sains sosial ini akan dapat diperluas, dicambah dan dilipat gandakan ke khalayak pembaca yang lebih ramai di luar sana.

Bahan-bahan yang termuat di dalam blog ini juga pada asalnya adalah sebagai pelengkap dan penghurai tambahan kepada nota sedia ada, khasnya yang digunapakai di Kolej UNITI. Di Kolej ini kursus ini dikenali dengan nama Pengajian Malaysia (MPW1133).

Justeru, para pelajar diharapkan dapat meluangkan masa menekuni bahan-bahan dalam blog ini untuk mendapat gambaran lebih jelas dan membantu mendapatkan fakta bagi menyiapkan tugasan ilmiah.

Tidak semua maklumat dan fakta dapat dimuatkan sebagai teks dalam buku PM. Ini disebabkan oleh sifat maklumat ini yang semasa dan pandangan-pandangan yang ilhamnya datang kemudian. Oleh itu, blog ini adalah ibarat nota iringan atau sisipan kepada buku PM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...