Sunday, February 21, 2010

8 Nilai dalam 1Malaysia

1Malaysia adalah gagasan Perdana Menteri ke-6 Malaysia. Biarpun ia telah mengundang perbahasan pelbagai pihak sejak ia mula dilancarkan, blog ini mengambil sikap untuk tidak kritikal terhadap gagasan ini.

Justeru, dalam kesempatan kali ini blog ini hanya memuatkan nilai baik yang tersurat dalam gagasan ini. Ia untuk rujukan ringkas pelajar dalam usaha memahami gagasan negara bangsa ilham Dato' Seri Najib Tun Razak.

Hukuman Sebat Syariah ke atas Pesalah Wanita Pertama Dilaksanakan

Polemik hukuman sebat syariah yang dicetus oleh isu Kartika masih belum lagi berakhir. Di pihak pejuang hak asasi manusia, NGO dan ahli politik liberal hukuman sebat (khasnya dalam Islam hasil stereotyping dan momokan pihak Barat) adalah undang-undang yang tidak bertamadun.

Manakala di pihak yang pro undang-undang syariah ia wajar dan mempunyai justifikasi dari sudut kesan baiknya kepada sosio-budaya masyarakat Islam. Menurut kumpulan ini juga wajaran kumpulan yang anti-hukum sebat lebih didorong oleh sikap dan anutan liberal-sekular yang hanya melihat dari segi logik aqal semata-mata.

Sebenarnya ia adalah non-issue kerana undang-undang sebat ini telah pun sah kerana statusnya sebagai akta atau enakmen setelah diluluskan badan legaslatif negara dan negeri masing-masing. Maka, kenapa ia perlu dipertikaikan sebegitu rupa dan mendapat liputan luar biasa dewasa ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...