KM di UPSI

Kenegaraan Malaysia bukan lagi setakat bertaraf kursus yang diajar di peringkat diploma dan ijazah pertama di IPTS. Ia kini telah menjadi disiplin ilmu yang semakin penting dalam gugusan sains sosial, melengkapi siri kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Perkara ini sangat ketara lebih-lebih lagi dalam suasana negara kita diuji dengan cabaran dan kemelut inter-etnik, isu demokrasi, pindaan perlembagaan dan pertikaian elemen tradisi perlembagaan, sebaik sahaja pemerintahan negara dan negeri bertukar tangan pasca 2003 dan 2008 masing-masing.

Oleh itu, cadangan kerajaan mewajibkan matapelajaran sejarah SPM adalah langkah tepat bagi mengatasi kecetekan pemahaman dan nipisnya ilmu sejarah negara. Juga kempen My Constitution oleh Majlis Peguam diharap dapat mencelikkan rakyat Malaysia tentang peri pentingnya pemahaman isi-isi asas dan pokok dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kini di UPSI, semenjak 2-3 tahun lalu, Kenegaraan Malaysia (KM) aka Pengajian Malaysia (PM) ditawarkan sebagai sebuah program akademik bertaraf di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Graduan yang lulus program 4 tahun ini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini terutamanya tentang syarat mohon dan kursus-kursus yang ditawarkan, anda boleh klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...