Di dalam buku Pengajian Malaysia Bab 9 Sistem Kabinet di halaman 109, saya telah sengaja sisipkan satu tajuk tambahan diberi judul 'Masyarakat Madani'.
Tajuk ini belum pernah dikuliahkan secara khusus sebelum ini sehinggalah saya menyedari akan peri penting kewujudan dan peranannya dalam sesebuah masyarakat demokratik moden hari ini. Justeru, bagi mencelikkan para pelajar mengenainya saya memberikan nota asas tentangnya - definisi, peranan dan beberapa contoh semasa yang relevan.
Untuk pemahaman kita bersama dalam ruangan terbatas ini, saya nukilkan satu definisi masyarakat madani atau civil society oleh Gellner :