Friday, January 7, 2011

Perubahan Format Penilaian Kursus MPW1133

 Dimaklumkan bahawa mulai semester ini, format penilaian kursus telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Langkah ini juga dibuat sejajar dengan perkembangan semasa dalam aspek penilaian kursus.

Perubahan pertama adalah seperti dalam jadual berikut. Perubahan ini adalah mengenai penstrukturan semula agihan markah penilaian.


Perubahan kedua adalah perubahan ke atas format soalan ujian akhir.

Format soalan ujian akhir kini hanya terdiri daripada 2 bahagian sahaja iaitu :
  • Bahagian A - soalan struktur 
  • Bahagian B - esei 
Tiada lagi soalan objektif aneka pilihan (MCQ) ditawarkan untuk dijawab pelajar. Perubahan ini adalah untuk memberangsang daya fikir kritis dan kemahiran berfikir lain semasa menjawab soalan kelak.


Walaubagaimanapun Ujian 1 atau Ujian pertengahan semester masih kekal dalam bentuknya yang asal iaitu terdiri daripada 3 bahagian iaitu :
  • Bahagian A - 30-40 soalan objektif, 
  • Bahagian B - 10 soalan betul-salah,
  • Bahagian C - 10 soalan isi tempat kosong.

Perubahan ketiga adalah mengenai soalan tugasan berbentuk esei. Setiap kumpulan pelajar akan menerima soalan esei baru, bukan lagi soalan dari koleksi soalan esei lalu. Langkah ini dapat menangani isu pelajar menyalin semula esei senior apabila mendapat tajuk sama. Soalan esei baru ini juga dapat mengatasi tren pelajar untuk membudayakan plagiarisme.

Semoga pelajar dapat manfaat daripada perubahan yang akan dijalankan kelak.

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...