Thursday, January 13, 2011

1511- 2011 : Tahun Ini Dalam Sejarah

Sejarah itu bagi orang Melayu ialah daulah atau kerajaan Melaka yang agung. Kewujudan kerajaan lama ini menjadi testimoni akan wibawa dan upaya orang Melayu dalam membangun sebuah peradaban bangsanya ke satu tahap yang diiktiraf dunia ketika itu walaupun mungkin tidak sehebat peradaban China yang ribuan tahun usianya.

Sistem kenegaraan negara hari ini pun ada susur galurnya daripada kerajaan Melayu lama tersebut. Selaklah kembali halaman-halaman dalam kitab 'Sejarah Melayu'. Ia sarat hujah dan dalilnya selain catatan dalam jurnal pelayar Eropah seperti Ptolemy dan lain-lain. Telitilah pula Perlembagaan Persekutuan negara - akan terjumpa kita adunan elemen tradisi tersebut dengan elemen moden.

Tuesday, January 11, 2011

Bibliografi Merdeka

Kepada para pelajar atau pengkaji sistem dan institusi perlembagaan Malaysia sila klik di sini untuk mendapatkan bibliografi atau senarai bahan bacaan mengenainya. Di antaranya adalah bahan yang agak klasik iaitu dokumen yang ditulis sekitar tahun kemerdekaan Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia.

Melengkapkan senarai bahan rujukan ini adalah karya kritis sarjana tempatan dan luar negeri mengenai teori dan amalan perlembagaan di negara kita. Dokumen yang dinamakan Bibliografi Merdeka ini disediakan oleh Seksyen Pusat Sumber, Jabatan Peguam Negara 2010.


Para pengkaji juga boleh memuaturun terus bibliografi tersebut yang berjudul Bibliografi Merdeka dari Box Kenegaraan Malaysia.

Selamat mengkaji.

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

Friday, January 7, 2011

Perubahan Format Penilaian Kursus MPW1133

 Dimaklumkan bahawa mulai semester ini, format penilaian kursus telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Langkah ini juga dibuat sejajar dengan perkembangan semasa dalam aspek penilaian kursus.

Perubahan pertama adalah seperti dalam jadual berikut. Perubahan ini adalah mengenai penstrukturan semula agihan markah penilaian.

DUN Tenang - Gelanggang Baru PRK ke-14

Seakan suatu 'tren', kematian wakil rakyat terus mengisi dan mewarnai berita siasah tanah air. Terbaru ADUN Tenang, Labis Johor - Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember 2010 lalu.

Menurut SPR, oleh kerana tempoh untuk PRU 13 akan datang masih panjang, satu PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari setelah kerusi DUN dikosongkan secara rasmi. Maka, SPR telah menetapkan bahawa PRK untuk DUN Tenang N05 akan diadakan pada 30 Januari 2011. Penamaan calon pula jatuh pada 22 Januari.


Kepada warga pengundi di DUN Tenang, selamat mengundi.

Gambar diambil dari Blog Warkah Daily (http://warkahdaily.blogspot.com)

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

Thursday, December 16, 2010

Pluralisme Agama - Bahaya Yang Terselindung kepada Teras Kenegaraan Malaysia

Sila baca kiriman terbaru saya di sini tentang ancaman dari gerakan pluralisme agama yang sedang meluaskan pengaruhnya di tanah air kita secara terselindung.

Bahaya isme atau fahaman bikinan manusia ini yang digerakkan oleh NGO tempatan tertentu boleh menggoyah teras kewujudan ummah Melayu-Islam khasnya di negara kita. Ini memberi isyarat bahaya kepada teras kenegaraan Malaysia jika kita mampu melihat isu ini secara holistik dari pandangan atas, bukan sisi.

Kesan tidak langsungnya juga akan dirasakan oleh umat bukan Islam lain kelak jika tiada usaha 'ammar makruf nahi mungkar dilakukan untuk membenterasnya. Ini kerana gerakan ini tidak hanya mencemar kesucian agama Islam semata-mata. Turut terkesan sama ialah agama Kristian, Hindu dan Buddha. Dengan kata lain ia turut merosakkan asas kewujudan akidah bukan Islam lain.

Malaysia adalah negara beragama (walaupun ada pendapat mengatakan Malaysia adalah negara sekular). Kita tidak harus lupa atau mengkesampingkan rukun negara yang pertama iaitu 'Kepercayaan kepada Tuhan'.

Ia tidak boleh dimiliknegarakan kepada golongan berfikiran bebas, atheis atau mulhid. Atau kini - kepada golongan beragama baru iaitu pluralisme agama!

-------------------
 'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

Monday, October 18, 2010

Selepas Galas, Kini 'Giliran' Batu Sapi pula

Sumber : Malaysiakini.com
Bukan sahaja di Galas Kelantan, malah satu lagi PRK turut diadakan di Batu Sapi, Sabah pada tarikh sama secara serentak iaitu 4 November 2010 kelak berikutan kematian Ahli Parlimennya iaitu Datuk Edmung Chong Ket Wah (BN) pada 9 Oktober lalu.

SPR mengambil keputusan tersebut pada 15 Oktober lalu selaras dengan peruntukan undang-undang pilihan raya dan dengan mengambil kira implikasi dan maslahat yang baik kepada negara dan rakyat.

Daya Fikir dan Kaitan dengan Bahan Ilmiah

Sebagai pelajar di IPT, horizon pemikirannya perlu luas dan mendalam. Daya fikirnya perlu tajam kritis, rasional dan objektif apabila membincangkan sesuatu isu terutamanya yang bersangkutan sosial dan politik serta ekonomi negara. Ini kerana isu-isu tersebut adalah subjektif.

Pelajar tidak boleh menelan dan bersetuju bulat-bulat terhadap satu pendapat, atau maklumat yang ditemuinya. Pelajar perlu berfikir dan kelihatan aktif berfikir untuk menyaring semua maklumat yang ditemuinya. Hanya pelajar yang malas sahaja memadai dengan satu dua buku rujukan sebagai sandaran hujahnya dalam tugasan ilmiahnya.

Justeru, hanya bergantung dengan bahan atau nota kuliah semata-mata tidak akan membantu mencapai tujuan di atas. Bahkan ia menyebabkan pemikiran jadi sempit dek maklumat yang sedikit dan terbatas.

Jadi bagaimana mengatasi masalah ini?

Thursday, October 7, 2010

Galas - Menggalas Demokrasi ke-12

azlanPolitik tanah air akan 'digemakan' tidak lama lagi.

Di Malaysia terutamanya pasca PRU-12 iklim politiknya seakan sentiasa pasang dari surutnya. Barangkali ini disebabkan oleh giatnya manipulasi politik kedua-dua buah blok parti politik , iaitu pemerintah dan pembangkang berbanding sebelum-sebelum ini.

Semalam, 6 Oktober SPR telah mengumumkan bahawa PRK kawasan N45 DUN Galas akan diadakan pada 4 November, manakala hari penamaan calon jatuh pada 26 Oktober. (Sumber gambar dari Malaysiakini.com)

Monday, May 24, 2010

PRU dengan PRK - apakah bezanya?

Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah pilihan raya umum (PRU) dan satu lagi pilihan raya kecil (PRK).

Berdasarkan kepada ciri masing-masing, kita boleh senaraikan perbezaan berikut. (Klik jadual di bawah untuk paparan saiz yang lebih besar).

Monday, May 17, 2010

Demokrasi di Sibu

Demokrasi terus berjalan di Malaysia apabila rakyat di Sibu menunaikan hak mereka memilih ahli Parlimen baru mereka hari ini.

PRK bagi kawasan P.212 Sibu diadakan kerana ahli Parlimen sebelum ini iaitu Datuk Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia akibat barah pada 10 April lalu. 

Thursday, May 13, 2010

Panduan Ujian Akhir MPW1133 Sem Januari sesi 2009/10

Awas-awas!

Pekalah dengan isu dan perkembangan politik/demokrasi semasa tanah air.

-------------
Ujian akhir kursus MPW1133 kali ini sama formatnya dengan ujian-ujian akhir sebelum ini iaitu terbahagi kepada :
  1. Bahagian A - 30 soalan objektif
  2. Bahagian B - 10 soalan Betul-Salah
  3. Bahagian C - 10 soalan isi tempat kosong
  4. Bahagian D - 2 soalan esei untuk dipilih daripada 5 soalan yang ditawarkan
Bagi bahagian A - D, ia akan menguji enam aras kesukaran Bloom (Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian) ke atas semua bab.

Sunday, April 18, 2010

Sejarah Melaka Akan Ditulis Semula

Umum mengetahui Melaka telah dibuka pada 1400 Masihi oleh Parameswara - seorang putera raja dari Srivijaya iaitu sebuah kerajaan Melayu dari Palembang, Sumatera. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Syah adalah raja terakhir memerintah Palembang sebelum baginda dihalau oleh tentera Majapahit.

Fakta tahun kemunculan Melaka ini kita ketahui semasa mula belajar sejarah di bangku sekolah lagi. Semua kitab sejarah lama dan baharu dan guru-guru sejarah kita mengajar kita fakta ini. Fakta ini terus dipegang sehingga ke hari ini.

Saturday, April 10, 2010

Anda Perlu Musykil Perkara-perkara Ini (Terkini 18 April)

Perkara-perkara berikut elok difikirkan para calon Ujian Akhir kursus MPW1133 nanti.
  1. Secara ringkas bezakan sistem raja mutlak dengan raja berperlembagaan dengan merujuk kepada sistem politik negara kita.
  2. Parlimen Malaysia tidak semata-mata berperanan sebagai badan perundangan negara. Ia juga mempunyai peranan bukan perundangan. Huraikan kedua-dua peranan tersebut.
  3. 'Pilihanraya kecil berbeza dengan pilihanraya umum.' Jelaskan kenyataan ini.

Friday, April 9, 2010

SEMINAR 60 TAHUN PASCA TRAGEDI NATRAH

Pengumuman ini mungkin agak terlewat. Namun diharap ia masih dapat mencuri perhatian sekurang-kurangnya pengunjung blog ini.

Maka anda dipersilakan untuk hadir ke seminar yang 'mengungkit' tragedi 60 tahun Natrah dan apa selepasnya, bertujuan menginsafkan ummah Islam khasnya generasi muda hari ini tentang perjuangan atas nama agama dan bangsa di bumi Melayu satu masa dahulu.

Biarlah program esok mendedahkan segala-galanya.



 -------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Pengalaman Harian Untuk Bantu Pembelajaran - Kes Dewan Rakyat

Entri kali ini ingin membawa perhatian pelajar kepada apa yang sedang berlaku di Dewan Rakyat - dewan rendah di Parlimen negara kita sekarang.

Cuba pelajar mengkhususkan carian berita dan laporan media - tentunya kerana ia adalah sumber berita dan maklumat semasa tentang perkembangan negara on daily basis - mengenai sidang Dewan Rakyat.

Saya pasti pelajar akan memahami bahawa peranan Dewan Rakyat (juga Dewan Negara nanti dan DUN) adalah untuk :
  1. menggubal dan/atau meminda undang-undang atau perlembagaan sendiri, 
  2. sebagai forum perdebatan isu-isu penting negara dan rakyat, 
  3. meluluskan dan mengenakan cukai (melalui pembentangan bajet pada September setiap tahun) dan juga (kuasa ini hanya untuk Dewan Rakyat tidak Dewan Negara),
  4. sebagai platform terbaik pihak eksekutif iaitu kerajaan yang memerintah di'check and balance' oleh ahli Parlimen pembangkang - secara berdepan - di atas apa-apa yang telah, sedang atau akan dilakukan oleh kerajaan jika ianya dilihat sebagai suatu kesilapan hingga menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.

Friday, April 2, 2010

Kedudukan Melayu dalam 1Malaysia dan Malaysian Malaysia

Konsep 1Malaysia tajaan Datuk Seri Najib membawa mesej keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang etnik dan agama. Ia adalah gagasan sosial yang besar dalam usaha mewujudkan bangsa-Malaysia. Dengan slogannya 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' dan kempen berterusan di media ia telah mencuri perhatian dan juga hati rakyat Malaysia.

Namun, di pihak tertentu konsep ini ada kelemahannya. Bagi orang Melayu (di luar lembaga pemerintah tentunya) konsep ini diragui kerana dilihat mirip konsep Lee Kuan Yew 50 tahun dulu iaitu Malaysian Malaysia. Generasi muda mungkin tidak tahu apatah lagi memahami intisari konsep tersebut dan implikasinya jika ia diterima oleh rakyat Tanah Melayu dan kemudian menjadi dasar atau undang-undang negara dalam perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, March 30, 2010

Dakwaan Terpilih Peguam Negara ke Atas Tokoh Politik - Benarkah?

Dalam situasi yang begitu terbuka dan pemikiran yang lebih terdedah kepada idea-idea hak asasi dan demokrasi, tingkah laku pihak berkuasa sama ada pemerintah (eksekutif) polis, kastam, imigresen dan badan penguatkuasa lain yang melakukan salah laku, rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng dan sebagainya semakin berani didedahkan oleh rakyat kepada pengetahuan umum selain pihak berkuasa itu sendiri.

Entri hari ini memetik laporan Malaysiakini bertarikh 29 Mac 2010 mengenai sikap berat sebelah dan diskriminasi Peguam Negara dalam membuat dakwaan ke atas orang politik, sebagaimana yang didakwa oleh seorang peguam. Cuma penyiaran kali ini agak lari dari norma biasanya kerana ia menyentuh tentang isu atau kesalahan seksual yang dilakukan atau dituduh dilakukan oleh tokoh politik.

Friday, March 26, 2010

Penguliahan Pengajian Malaysia : Satu Pengalaman

Berikut adalah entri dalam blog personal saya yang ditulis kira-kira setahun lalu. Entri ini disalin semula di sini kerana termuat unsur-unsur yang sesuai untuk siaran dalam blog Kenegaraan Malaysia kali ini.

Mungkin gaya penulisannya agak 'lari' sedikit dari gaya ala 'suku-ilmiah' dalam blog ini. Tapi diharap dengan kelainan ini, mesej saya lebih mudah diterima oleh pembaca blog ini, khasnya pelajar saya.

--------------------
April 4, 2009 (klik di sini untuk sumber asal entri ini).

Dalam kursus Pengajian Malaysia, 'Demokrasi Berparlimen' menjadi satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Topik ini adalah bagian atau sisi penting kenegaraan untuk pelajar dan kita semua memahami sistem politik negara.

Monday, March 22, 2010

Penggubalan Undang-undang - Kes ISA

Pindaan undang-undang hanya boleh dilakukan di dalam sidang Parlimen sahaja (juga di DUN untuk peringkat negeri). Ini adalah kehendak perlembagaan itu sendiri di mana hanya badan perundangan (legaslatif) yang diberi kuasa untuk menggubal, meminda bahkan memansuhkan suatu undang-undang.

Namun kerja-kerja awal perlu diselesaikan mengikut prosedur atau tatacaranya, tahap demi tahap agar usul pindaaan undang-undang itu betul-betul bersedia untuk dibentangkan semasa sidang Parlimen.

Mengikut kelazimannya, undang-undang yang hendak dipinda (termasuk undang-undang baru yang hendak digubal) dimulakan oleh pihak kerajaan melalui kementerian yang berkaitan. Kita tidak pernah mendengar usul pindaan undang-undang disedia dan dibawa oleh ahli Dewan Rakyat dari kalangan pembangkang atau pihak lain.

Wakil Rakyat Bebas di Parlimen - Fenomena Baru?

Dalam sidang badan legaslatif, komposisi ahli dewan lazimnya terpecah kepada 2 blok politik iaitu blok parti pemerintah dan blok parti pembangkang.

Parti pemerintah menjadi blok yang dominan kerana menguasai majoriti kerusi dewan sedangkan parti pembangkang menjadi blok minoriti. Sama ada ia signifikan atau tidak ditentukan oleh keberkesanan peranannya untuk check and balance ke atas tingkah laku eksekutif semasa sidang berlangsung.

Di negara kita komposisi ini jelas ditunjukkan sama ada di dewan legaslatif persekutuan (Parlimen) atau negeri (DUN). Namun, adakalanya wujud satu lagi blok politik iaitu blok wakil rakyat bebas.

Blok ini wujud kerana ada calon yang bertanding atas tiket bebas menang dalam pilihan raya sama kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri, mengalahkan calon favourite dari parti politik pemerintah atau pembangkang.

Wakil rakyat bebas juga boleh lahir apabila wakil rakyat dari parti pemerintah atau pembangkang, atas sebab tertentu - keluar parti dan kemudian mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...