Monday, May 17, 2010

Demokrasi di Sibu

Demokrasi terus berjalan di Malaysia apabila rakyat di Sibu menunaikan hak mereka memilih ahli Parlimen baru mereka hari ini.

PRK bagi kawasan P.212 Sibu diadakan kerana ahli Parlimen sebelum ini iaitu Datuk Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia akibat barah pada 10 April lalu. 

Mengikut peraturan pilihanraya, PRK mesti diadakan dalam tempoh 90 hari dalam konteks negeri Sarawak/Sabah apabila berlaku kekosongan kerusi kerana kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat. Selain itu, ia juga disebabkan wakil rakyat menyalahi Perkara 48 perlembagaan persekutuan.

Pertandingan berlaku 3 penjuru antara Wong Ho Leng-wakil DAP, Robert Lau Hui Yew - wakil SUPP dan Narawi Haron-Bebas. 

Keputusan PRK kali ini tidak menyebelahi jangkaan umum yang menggembar gemburkan bahawa BN akan menang lagi selepas PRK di P.94 Hulu Selangor 25 April lalu. Agak genting juga apabila jumlah undi yang agak rapat antara calon BN dengan PR ini, pada saat-saat akhir keputusan akan diperolehi seakan ditentukan oleh undi pos (berdasarkan laporan secara langsung di TV). 

Statistik ringkas (dari http://www.malaysiakini.com/news/131915) dalam rajah di atas menunjukkan sokongan dan tentangan rakyat Sibu hari ini terhadap semua calon bertanding.

Dengan keputusan upset bagi BN ini, kini Sibu ditadbir oleh wakil rakyat DAP untuk baki penggal Parlimen edisi ke-12. Status quo BN di Sibu jelas telah dicabar oleh seteru politiknya walaupun seluruh kekuatan dan jentera BN ditumpukan di Sibu sejak seminggu kempen dijalankan.

Apakah mesej yang dihantar oleh rakyat Sibu kepada kerajaan pusat?

-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...