Thursday, May 13, 2010

Panduan Ujian Akhir MPW1133 Sem Januari sesi 2009/10

Awas-awas!

Pekalah dengan isu dan perkembangan politik/demokrasi semasa tanah air.

-------------
Ujian akhir kursus MPW1133 kali ini sama formatnya dengan ujian-ujian akhir sebelum ini iaitu terbahagi kepada :
  1. Bahagian A - 30 soalan objektif
  2. Bahagian B - 10 soalan Betul-Salah
  3. Bahagian C - 10 soalan isi tempat kosong
  4. Bahagian D - 2 soalan esei untuk dipilih daripada 5 soalan yang ditawarkan
Bagi bahagian A - D, ia akan menguji enam aras kesukaran Bloom (Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian) ke atas semua bab.

Seperti yang dijelaskan dalam kuliah bahawa Ujian AKhir MPW1133 ini akan meliputi semua bab baki dari Ujian 1 iaitu dari Bab 7 (Perlembagaan Malaysia) hinggalah Bab 15 (Dasar-dasar Negara).

Bagi membantu ulangkaji dan persediaan pelajar untuk bahagian D, maka fokus soalan esei adalah hanya untuk bab-bab berikut sahaja :
  1. Perlembagaan
  2. Demokrasi Berparlimen dan SPR
  3. Eksekutif
  4. Suruhanjaya
Bahagian esei adalah bahagian yang relatif sukar berbanding bahagian-bahagian lain. Tujuan bahagian D ini adalah untuk membezakan pelajar cemerlang dengan pelajar sederhana atau lemah. Kegagalan menjawab soalan esei akan memberi petanda bahawa pelajar tidak akan mendapat gred cemerlang kelak untuk kursus ini.

Kepada yang tidak membuat pembentangan dan tidak menghantar tugasan anggaplah anda sudah mendapat gred D (maksimum).

Kejayaan hanya memihak kepada yang telah berusaha. Kecemerlangan untuk yang kritis. Penguasaan ilmu khusus untuk mereka telah menekuni dan memahami hingga yang tersirat. Sementara pahala dan mardhatillah hanya untuk mereka yang telah mengikhlaskan dirinya kerana Allah.

Doa saya untuk mereka yang di atas sahaja. Selainnya, sesungguhnya Allah berhak memberi inayah dan hidayahNya. Amin

Selamat mengulangkaji.
-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

3 comments:

  1. salam..
    terima kasih cikgu bad atas petunjuk tersebut..
    diharap ia dapat membantu kami menjawab soalan mpw akhir nanti..semoga doa cikgu mengiringi kami semua disini.. kami wakil daripada grup H,mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu bad atas segala tunjuk ajar ckg..segala salah dan silap kami harap dimaafkan..seronok belajar ngan ckg..harap cikgu tak lupakan kami..
    terima kasih daun keladi,
    ada umur berjumpa lagi..
    salam..

    ReplyDelete
  2. Salam nazirahadilla_GH,

    Moga dipermudahkan semasa mengulangkaji sekarang dan juga semasa menjawab soalan nanti.

    Diharap ilmu kenegaraan ini tetap terpahat dan terus ditambah dari semasa ke semasa menjadikan sdri bertamnbah peka terhadap isu-isu semasa.

    Cikgu juga seronok mengajar kumpulan sdri.InsyaALlah kenangan yg baik akan kekal dlm ingatan kita.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu bad kerana beri fokus soalan yang masuk esei...sy rasa lebih yakin pada hari khamis ini..doakan sy..terima kasih atas segala ilmu yg dicurahkn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...