Monday, October 18, 2010

Daya Fikir dan Kaitan dengan Bahan Ilmiah

Sebagai pelajar di IPT, horizon pemikirannya perlu luas dan mendalam. Daya fikirnya perlu tajam kritis, rasional dan objektif apabila membincangkan sesuatu isu terutamanya yang bersangkutan sosial dan politik serta ekonomi negara. Ini kerana isu-isu tersebut adalah subjektif.

Pelajar tidak boleh menelan dan bersetuju bulat-bulat terhadap satu pendapat, atau maklumat yang ditemuinya. Pelajar perlu berfikir dan kelihatan aktif berfikir untuk menyaring semua maklumat yang ditemuinya. Hanya pelajar yang malas sahaja memadai dengan satu dua buku rujukan sebagai sandaran hujahnya dalam tugasan ilmiahnya.

Justeru, hanya bergantung dengan bahan atau nota kuliah semata-mata tidak akan membantu mencapai tujuan di atas. Bahkan ia menyebabkan pemikiran jadi sempit dek maklumat yang sedikit dan terbatas.

Jadi bagaimana mengatasi masalah ini?

Satu daripada caranya ialah dengan mendapatkan pelbagai sumber bahan bacaan atau rujukan ilmiah. Di peringkat pengajian lebih tinggi terutamanya peringkat sarjana dan doktor falsafah rujukan atau sumber primer lebih dititik beratkan.

Melalui bahan-bahan tadi, pelajar dapat memperkaya maklumat dan meluaskan lagi ufuk pemikirannya apabila terdedah kepada pelbagai bahan mengenai satu-satu isu yang dikaji.

Sebagai contoh, saya kongsikan buku-buku berikut hasil tulisan pengkaji atau sarjana tempatan mengenai isu sejarah, sosial dan politik semasa tanah air yang boleh menjadi rujukan atau bahan bacaan lanjut pelajar untuk mencari fakta dan maklumat berkaitan untuk menyiapkan tugasan atau tulisan ilmiah berkaitan Kenegaraan Malaysia.

Kepada para pelajar sekalian, selamat datang ke dunia ilmiah.













-------------------
 'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...