Thursday, October 7, 2010

Galas - Menggalas Demokrasi ke-12

azlanPolitik tanah air akan 'digemakan' tidak lama lagi.

Di Malaysia terutamanya pasca PRU-12 iklim politiknya seakan sentiasa pasang dari surutnya. Barangkali ini disebabkan oleh giatnya manipulasi politik kedua-dua buah blok parti politik , iaitu pemerintah dan pembangkang berbanding sebelum-sebelum ini.

Semalam, 6 Oktober SPR telah mengumumkan bahawa PRK kawasan N45 DUN Galas akan diadakan pada 4 November, manakala hari penamaan calon jatuh pada 26 Oktober. (Sumber gambar dari Malaysiakini.com)

PRK yang akan mengisi diari SPR 26 Oktober dan 4 November nanti, sudah pasti menarik perhatian seluruh negara apatah lagi ia berlaku di kubu kuat UMNO Kelantan selama ini sebelum jatuh ke tangan PAS dalam PRU-12 lalu. Ini adalah PRK yang ke-12 selepas PRU ke-12 lalu.

Apapun, sebagai rakyat yang celik politik, PRK Galas ini perlulah dilihat sebagai sebahagian dari proses dan amalan lazim berlaku di semua negara yang demokratik. Ia berlaku kerana alasan dan peruntukan perundangan dan ia mesti dilangsungkan kelak juga mengikut alasan dan peruntukan perundangan.

Sebagai rakyat yang matang ilmu dan seni politiknya, PRK ini perlu dibenarkan berlangsung dengan penuh etika dan bermaruah. PAS dan UMNO yang akan bertembung di Galas nanti akan diuji sekali lagi arah kepimpinan yang akan dibawa di bumi Galas.

Jika 'silap haribulan' yang akan menyerlah ialah keburukan dan tembelang buruk keperibadian masing-masing yang desperate kuasa, bukannya idea dan projek pembangunan serta peneyelesaian masalah setempat.

Kita nantikan peristiwa tersebut - apakah takdir Galas yang bakal tercipta nanti.


-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...