Tuesday, April 5, 2011

Sarawak Tidak Akan Sertai Pilihan Raya Umum

Umum sudah mengetahui bahawa di Malaysia ada dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum (PRU) dan pilihanraya kecil (PRK). Pilihanraya 2008 misalnya adalah PRU. Manakala pilihan raya di Kerdau dan Merlimau baru-baru ini pula adalah PRK.

Namun ada satu lagi pilihan raya yang kita boleh senaraikan untuk lebih memahami perjalanan pilihan raya di tanah air kita. Secara langsung ia membantu kita membezakan lagi jenis-jenis pilihan raya ini.

Pilihan raya tersebut ialah pilhan raya negeri (PRN). Lazimnya, PRN berjalan serentak dengan PRU. Namun ia tidak selalunya benar. Inilah yang bakal terjadi ke atas negeri Sarawak tidak lama lagi.

Setelah DUN Sarawak dibubarkan pada 21 Mac lalu, SPR kemudian telah memutuskan bahawa 6 April adalah hari penamaann calon manakala PRN Sarawak edisi ke-10 ditetapkan pada 16 April.

Menurut SPR, DUN Sarawak edisi 9 dengan keahlian seramai 71 ADUN ini akan tamat tempoh matangnya pada 23 Julai tahun ini setelah PRNnya diadakan pada 20 Mei 2006 lalu. Ini bermakna DUN Sarawak adalah DUN yang berlangsung untuk tempoh yang panjang (iaitu tempoh matang 5 tahun) berbanding DUN-DUN lain.

Dengan kaedah yang sama di peringkat persekutuan dan negeri, teraju kepimpinan negeri Sarawak akan sekali lagi ditentukan oleh rakyat Sarawak di peti undi.

Adakah BN akan terus menguasai DUN Sarawak atau sebaliknya Pakatan Rakyat pula menguasainya sukar diramalkan memandangkan episod dan kemelut politik negeri yang kian panas kini dengan pelbagai isu domestiknya.

Adapun bagi 12 lagi buah negeri, mengikut tradisinya - yang berbetulan pembubaran DUN masing-masing dibuat serentak (baca : selepas) dengan pembubaran Parlimen - PRNnya akan berlangsung serentak dengan PRU yang mempertandingkan kerusi Dewan Rakyat di serata tanah air.


-------------------
 'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...