Berita ini memperjelaskan lagi autoriti (kuasa) Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan suatu pertikaian apabila ia berkait soal perlembagaan, atau terhadap rayuan dari mahkamah lebih rendah apabila pihak yang kalah atau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah sebelumnya di mana ia :
1) tidak boleh lagi dicabar setelah keputusan itu dibuat kerana ia adalah muktamad (final).
2) ia mempunyai kuasa atau implikasi perundangan iaitu ia menghalang sebarang percubaan baru mana-mana pihak untuk memohon semakan semula ke atas penemuan atau dapatan atau syor yang dibuat hasil penyiasatan suruhanjaya diraja ke atas suatu kes yang membabitkan kepentingan awam selepas ini.
Inilah yang dimaksudkan sebagai keputusan mahkamah yang mengikat. Dalam Bab 12 Kehakiman halaman 123 buku saya, di bawah sub tajuk Beberapa Istilah Perundangan ada disentuh mengenai maksud keputusan mahkamah lebih tinggi mengikat (bind) hakim-hakim mahkmah lebih rendah jika membicarakan kes yang sama atau hampir sama.
Precedent case (Kes Duluan)
Kes yang pertama kali dibicarakan di mahkamah. Keputusan kes ini akan menjadi rujukan kpd hakim-hakim mahkamah lain jika kes yg sama/hampir sama dibicarakan. Dengan kata lain, keputusan kes ini akan mengikat para hakim kemudian untuk membuat keputusan dalam kes sama atau hampir sama yang dibawa kepadanya.
------------

Keputusan bahawa penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak boleh disemak semula terpakai untuk semua kes, kata Majlis Peguam Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berhubung rayuan terhadap penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes klip video kontroversi yang melibatkan peguam terkenal Datuk VK Lingam.
Leong menyifatkan keputusan itu sebagai suatu dasar yang baik kerana jika tidak, kepentingan kewujudan suruhanjaya berkenaan akan terhakis dengan teruk.
Katanya Majlis Peguam, yang mengemukakan aduan tentang kesalahan tingkah laku Lingam, perlu membuktikan kebenaran aduannya itu seperti dalam kes lain dan tidak boleh bergantung pada penemuan suruhanjaya itu sebagai bukti.

Diminta memberi pandangan tentang keputusan itu, Lingam berkata ia merupakan keputusan penting dan bersejarah kerana ini merupakan julung kalinya Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman tentang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang beliau sifatkan sebagai "suatu panduan yang baik".
Peguam B Lobo, yang mewakili bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin, seorang daripada responden dalam kes itu, pula berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak mewajibkan kerajaan mengambil tindakan berhubung keputusan suruhanjaya berkenaan.
Bagaimanapun, seseorang yang terjejas oleh penemuan suruhanjaya itu tidak mempunyai cara untuk membersihkan imejnya, kata beliau.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dibawa untuk semakan semula kehakiman adalah amat jelas," katanya.
- Bernama
-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011
No comments:
Post a Comment