Wednesday, September 28, 2011

Perspektif Peguam Hak Asasi Tentang Hak Berhimpun

Kepada yang mencari bahan mengenai kebebasan berhimpun dan bersuara di tanah air kita, idea dari Amir Hamzah, seorang peguam hak asasi mungkin boleh membantu (tonton video klip di bawah).

Pemahaman kita mengenai hak ini dari perpektif alternatif ini tidak menjadikan kita seorang pembangkang kepada sistem atau undang-undang sedia ada. Ia perlu sebagai landasan untuk berfikir secara kritis agar kita lebih objektif, terbuka dan akhirnya dapat menemukan kebenaran - satu 'harta kemanusiaan' yang boleh disorokkan oleh pihak tertentu demi mencapai matlamat mereka.

Ingat ! Orang yang ingin berkuasa, kekal berkuasa atau mempertahan kuasa atau ingin mula berkuasa juga cenderung memilih untuk berpegang dan melaksanakan prinsip Machievelli iaitu 'matlamat menghalalkan cara' jika keadaan memaksa. Golongan ini dibutakan hati dek kerana mengejar kebendaan (material) dan survival atas nama etnik, agama, tanah air di mana semuanya adalah samaran atau topeng ke atas niat sebenar mereka.

Kepada pelajar Kenegaraan / Pengajian Malaysia anda dituntut untuk bersikap kritis bukan reseptif lagi pasif terhadap idea-idea dan prinsip yang membina kenegaraan kita (harap tidak disalah erti sebagai satu pilihan untuk mempertikai teras kenegaraan seperti Rukunegara dan perlembagaan Malaysia).





-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...