Friday, November 13, 2009

Fokus Ujian Akhir MPW1133

Peringatan 20 Nov :

Sebahagian soalan juga diambil dari maklumat dalam nota kaki. Jadi, pelajar jangan biarkan saja nota kaki tersebut. Nota kaki yang dimaksudkan adalah dari bab berkaitan demokrasi, sistem politik dan pentadbiran negara.

Tips Terkini 19 November 2009 :

1) Ada soalan yang melibatkan sedikit Matematik. Tapi kemahiran Matematik yang diuji hanyalah peringkat 'darab bahagi' sahaja.
Oleh yang demikian pelajar cuba-cubalah mengagak soalan dari bab manakah itu ? Ciri bab itu ialah bab yang banyak melibatkan angka. Ada formula tertentu yang perlu diaplikasi dalam soalan berkenaan.
2) Antara tumpuan soalan adalah soalan yang berkisar tentang istilah demokrasi dan monarki. Justeru, pelajar perlu benar-benar telah memahami dua istilah ini untuk menjawab soalan-soalan berkenaan.


Selamat mencuba.

------------------

Seperti yang dijelaskan dalam kuliah bahawa Ujian AKhir MPW1133 akan meliputi semua bab baki dari Ujian 1 iaitu dari Bab 6 (Gagasan Malaysia) hinggalah Bab 15 (Kehakiman).

Format ujian akhir ditetapkan kepada 4 bahagian iaitu :
  1. Bahagian A - 30 soalan objektif
  2. Bahagian B - 10 soalan Betul-Salah
  3. Bahagian C - 10 soalan isi tempat kosong
  4. Bahgian D - 2 soalan esei untuk dipilih
Bagi bahagian A - C, ia akan menguji enam aras kesukaran Bloom ke atas semua bab. Manakala, bahagian D akan hanya menguji bab-bab tertentu sahaja.

Bagi membantu ulangkaji dan persediaan pelajar untuk bahagian D, maka fokus soalan esei adalah hanya untuk bab-bab berikut sahaja :
  1. Bab Gagasan Malaysia
  2. Bab Perlembagaan
  3. Bab Demokrasi Berparlimen dan SPR
  4. Bab Eksekutif
Bahagian esei adalah untuk membezakan pelajar cemerlang dengan pelajar sederhana atau lemah. Kegagalan menjawab soalan esei akan memberi petanda bahawa pelajar tidak akan mendapat gred cemerlang kelak untuk kursus ini.

Kepada yang tidak membuat pembentangan dan menghantar tugasan anggaplah anda sudah mendapat gred D (maksimum).

Semua calon perlu mengemukakan di pintu masuk dewan naskah nota Jilid 2 MPW1133 sebagai bukti pemilikan naskah ilmu ini, petunjuk awal kesudian calon untuk mempelajari kursus wajib MQA ini.

Selamat mengulangkaji.

-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2009

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...