Tuesday, April 6, 2010

Pengalaman Harian Untuk Bantu Pembelajaran - Kes Dewan Rakyat

Entri kali ini ingin membawa perhatian pelajar kepada apa yang sedang berlaku di Dewan Rakyat - dewan rendah di Parlimen negara kita sekarang.

Cuba pelajar mengkhususkan carian berita dan laporan media - tentunya kerana ia adalah sumber berita dan maklumat semasa tentang perkembangan negara on daily basis - mengenai sidang Dewan Rakyat.

Saya pasti pelajar akan memahami bahawa peranan Dewan Rakyat (juga Dewan Negara nanti dan DUN) adalah untuk :
  1. menggubal dan/atau meminda undang-undang atau perlembagaan sendiri, 
  2. sebagai forum perdebatan isu-isu penting negara dan rakyat, 
  3. meluluskan dan mengenakan cukai (melalui pembentangan bajet pada September setiap tahun) dan juga (kuasa ini hanya untuk Dewan Rakyat tidak Dewan Negara),
  4. sebagai platform terbaik pihak eksekutif iaitu kerajaan yang memerintah di'check and balance' oleh ahli Parlimen pembangkang - secara berdepan - di atas apa-apa yang telah, sedang atau akan dilakukan oleh kerajaan jika ianya dilihat sebagai suatu kesilapan hingga menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.
Satu daripada berita yang boleh dilihat berkaitan dengan kuliah tentang fungsi perundangan Parlimen ialah berita 5 April 2010 yang bertajuk 'Dewan Rakyat : Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi Dilulus'. Klik di sini untuk berita penuh di portal berita BERNAMA.

Dengan kaedah 'rujukan silang' (cross reference) begini proses pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan efektif. Ingatlah 'we learn best through actual events or experience that happen in our own surrounding'.

Jadi taklah pembelajaran nampak terperuk dan tersempit dalam bilik kuliah sahaja. Pembelajaran - nak-nak yang bersifat pemikiran, falsafah dan idea seperti kursus sains sosial seperti Kenegaraan Malaysia - mestilah 'dihidupkan' dengan contoh-contoh sebenar kehidupan yang telah, sedang dan akan berlaku dalam persekitaran tempatan, bahkan persekitaran di wilayah lebih luas iaitu global.

Ini bukanlah tugasan rasmi kursus Kenegaraan atau Pengajian Malaysia. Ia diajukan kepada pelajar semua sebagai latihan minda untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas mengenai fungsi atau peranan badan legaslatif negara.

Mana tau antara bahan yang dicari itu akan keluar pulak nanti sebagai satu soalan dalam ujian akhir nanti! Pelajar remaja hari ini perlu membuktikan bahawa mereka adalah lebih baik daripada apa yang masyarakat luar sangkakan.

Jadi janganlah berlengah lagi. Carilah dan bacalah bahan-bahan tambahan kuliah anda - dengan kritis! Be active and to be even better, pro-active!
-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...