Wednesday, February 9, 2011

Penulisan Esei : Satu Peringatan Semula!

Menjawap soalan objektif lebih mudah daripada menjawap soalan subjektif. Soalan bentuk ini tidak menduga dan mendorong pelajar berfikir dengan lebih teliti, kritis dan objektif. Orang kata 'baling buah dadu' pun boleh dapat jawap soalan objektif! Main taram pun mungkin boleh kena jawapannya.

Tapi peluang ini tidak wujud bagi soalan objektif terutamanya soalan berbentuk esei atau membuat tugasan berbentuk esei (panjang). Tulislah panjang manapun tapi jika tiada fakta dan analisisnya tulisan itu pasti menjadi hambar. Tentu markahnya sangat rendah.

Mengapa menulis esei lebih sukar ?

Saya tidak akan menghurai panjang lebar mengenai perkara ini. Cukuplah saya katakan sebagai satu proses yang panjang ia memerlukan kesabaran mencari maklumat, ketelitian menyaring fakta, ketekunan menyusun hujah, kebijaksanaan memilih idea dan keupayaan menggarap semua dapatan kajian menjadi sebuah persembahan idea yang boleh difahami bagi menjawap soalan dalam tajuk esei.

Selain itu, pelajar tidak boleh menulis ikut gaya sendiri. Gaya menulis mestilah mengikut aturannya. Aspek teknikal ini meliputi kemahiran membuat petikan maklumat atau fakta, kemahiran menulis nota kaki, kemahiran memilih tajuk kecil dan menyusunnya dengan tertib.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut kupasan isu ini ia telah lama disiarkan di sini, di sini dan di sini juga.

Oh ya..jangan plagiat tau. Pantang betul bagi pensyarah bila dapat tau pelajarnya plagiat.

Selamat menulis.

-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...