Terkini dari media arus perdana keputusan PRK N31 Bagan Pinang sekitar 8.15 malam:
Dato' Seri Utama Isa Hj Samad (BN) 8013
Zulkefly Mohamad Omar (PAS) 2578
Dengan majoriti sebanyak 5435, calon BN telah diisytihar sebagai pemenang PRK N31 Bagan Pinang.
Dengan ini Dato' Seri Utama Isa Abd Samad sah menjadi menjadi wakil rakyat mewakili bahagian Bagan Pinang di sidang DUN Negeri Sembilan nanti. Jawatan ini memberikan kuasa legaslatif kepada beliau iaitu kuasa menggubal undang-undang di dalam DUN Negeri Sembilan.
Jika dilantik menjadi EXCO negeri kelak (sama dengan jawatan Menteri kabinet Persekutuan), Dato Seri Utama Isa juga akan menjadi sebahagian ahli eksekutif negeri.
Apapun keputusan pelantikan ke jawatan EXCO negeri terletak di tangan Menteri Besar Negeri Sembilan.
----------------
Hari ini Ahad 11 Oktober 3009, SPR menguruskan satu lagi pilihanraya Kecil (PRK) di negara kita. PRK ke-9 selepas PRU-12 8 April 2008 ini bertempat di N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Ia diadakan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang berikutan kematian ADUNnya, Azman Mohammad Noor (BN) pada 4 Sept lepas. Pertembungan kali ini adalah antara Dato' Seri Utama Isa Abd Samad, calon BN (UMNO) dengan Zulkefly Mohamad Omar, calon dari PR (PAS).
PRK siri terbaru ini menyebabkan iklim politik tanah air terus hangat. Bagi BN Bagan Pinang adalah medan ujian maha penting untuk membuktikan bahawa kepercayaan pengundi (rakyat) telah kembali kepada BN di sebalik kemelut politik dalaman UMNO dan BN pascda PRU-12 lalu.
Untuk rekod BN baru memenangi sekali PRK daripada 8 PRK sebelum ini. Selebihnya dijuarai oleh PR. Justeru, kemenangan PR di kubu kuat UMNO akan menjadi berita besar hari ini dan terus menjadi testimoni bahawa politik PR lebih merakyat kerana lebih berintegriti dan mesra-rakyat biarpun diasak dengan pelbagai dakwaan buruk dari segenap penjuru oleh seteru politiknya melalui media massa.
Adakah BN akan mengekalkan status quonya di Bagan Pinang atau dimalukan oleh PR hanya ALlah saja yang tahu. Kita tunggu keputusan pengundian Bagan Pinang malam ini.
Moga demokrasi kali ini berjalan dengan lancar, adil dan bebas.
-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2009
No comments:
Post a Comment