Kebebasan bersuara adalah antara hak asasi manusia yang maha penting dalam sesebuah negara demokrasi. Ia menjadi kayu ukur sama ada demokrasi subur atau sebaliknya dalam negara tersebut. Namun, hak asasi ini berbeza-beza interpretasinya mengikut kaca mata budaya dan agama sesebuah masyarakat. 'Lain padang, lainlah belalangnya'.
Di Barat definisi kebebasan bersuara ditunjangi oleh faham individu (individualisme) yang sangat kuat. Wikipedia mendefinisikan ia seperti berikut :
"Freedom of speech is the freedom to speak without censorship or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used. In practice, the right to freedom of speech is not absolute in any country and the right is commonly subject to limitations, such as on "hate speech"."
The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression" . Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law."
Kutipan ini menjelaskan mengapa di Barat seseorang itu atau sesebuah organisasi boleh menzahirkan pandangannya, kritikannya secara terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk ketua negara mereka sendiri.
Melalui ekspresi atas nama seni, dokumentari atau filem sering menjadi medium atau platform untuk golongan tertentu menyampaikan mesej kritis secara kreatif. Sensitiviti terhadap keturunan, budaya atau agama bukanlah pertimbangan asas untuk berkarya. Prinsip Machievelli 'matlamat menghalalkan cara' memberi lesen kepada mereka untuk bersuara tanpa diikat oleh sempadan budaya atau agama.
Di Malaysia kebebasan bersuara didefinisikan oleh perlembagaan persekutuan dan dikawal oleh undang-undang tertentu. Hak ini mencerminkan pegangan, kepercayaan dan amalan budaya dan agama sebuah masyarakat timur. Justeru, ia tidaklah liberal, sekular dan individualistik sebagaimana di Barat. Dengan kata lain, kebebasan bersuara di Malaysia menuntut kepada pertanggungjawaban dan ia boleh dihalang jika ia menyentuh hal-hal yang sensitif - agama, budaya, keturunan, bahasa, hak istimewa orang Melayu, mengganggu privasi seseorang, apatah lagi jika ia berunsur menghasut dan memfitnah.
Undang-undang yang agak ketat inilah yang menghalang penyebaran ajaran sesat sepeti ajaran Rasul Kahar, kerajaan Langit Ayah Pin, penyebaran buku-buku yang boleh mengelirukan kefahaman dan pegagangan tradisi masyarakat dan sebagainya. Alasannya mudah iaitu untuk menjaga keaslian, tradisi dan budaya sihat bermasyarakat di negara kita baik dari segi politik, sosial mahu pun dari sudut ekonomi.
Namun, jika sekatan oleh undang-undang atau perintah eksekutif ke atas suatu perkara dilihat sebagai menghalang kebebasan bersuara, mereka yang berkenaan boleh menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan kembali hak mereka. Inilah yang sedang dilakukan oleh Sisters in Islam apabila mengheret Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke mahkamah kerana mengharamkan penerbitan dan penyebaran buku SIS bertajuk Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism.
Malaysiakini 28 Okt melaporkan :
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan kekhilafan semasa melaksanakan budi bicaranya untuk mengharamkan buku bertajuk Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism dan tindakannya itu tidak sah, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Peguam K Shanmuga yang mewakili pertubuhan Sisters In Islam (SIS) sebagai pemohon dalam semakan kehakiman terhadap tindakan pengharaman buku itu oleh KDN berhujah bahawa perintah itu 'ultra vires' Seksyen 7 Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, dan tidak selari dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara.
"Sekalipun jika responden dianggap memiliki bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah itu atas sebab-sebab yang diberikan, tindakannya dalam melaksanakan budi bicaranya untuk mengeluarkan perintah itu adalah khilaf, dan boleh diketepikan," katanya.
Manakala Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur pula telah memohon kepada mahkamah agar mengisytiharkan keputusan oleh para responden iaitu Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pada 7 Jan, 2009, melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan "Herald-The Catholic Weekly" adalah salah di sisi undang-undang dan bahawa perkataan "Allah" bukan hanya eksklusif untuk agama Islam sahaja. (BERNAMA, 28 Okt)
Ringkasnya dalam dua kes di atas, rakyat atau organisasi yang sah di negara ini bebas bersuara asalkan ia tidak dilihat atau ditafsir oleh pihak berkuasa (eksekutif) sebagai melanggar peraturan yang ditetapkan. Namun jika ada kekaburan atau undang-undang yang digunapakai kerajaan tidak konklusif maka pihak kehakiman (judisiari) boleh campur tangan untuk memberikan pandangan dan keputusan muktamad.
Di Malaysia melalui Rukunegara 'undang-undang adalah didaulatkan. Juga perlembagaan diluhurkan'. Sebagai rakyat dan pihak berkuasa kepercayaan ini wajib diterjemahkan.
-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2009
mcm tak best jew...
ReplyDelete