Tuesday, March 30, 2010

Dakwaan Terpilih Peguam Negara ke Atas Tokoh Politik - Benarkah?

Dalam situasi yang begitu terbuka dan pemikiran yang lebih terdedah kepada idea-idea hak asasi dan demokrasi, tingkah laku pihak berkuasa sama ada pemerintah (eksekutif) polis, kastam, imigresen dan badan penguatkuasa lain yang melakukan salah laku, rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng dan sebagainya semakin berani didedahkan oleh rakyat kepada pengetahuan umum selain pihak berkuasa itu sendiri.

Entri hari ini memetik laporan Malaysiakini bertarikh 29 Mac 2010 mengenai sikap berat sebelah dan diskriminasi Peguam Negara dalam membuat dakwaan ke atas orang politik, sebagaimana yang didakwa oleh seorang peguam. Cuma penyiaran kali ini agak lari dari norma biasanya kerana ia menyentuh tentang isu atau kesalahan seksual yang dilakukan atau dituduh dilakukan oleh tokoh politik.

Dua kesalahan seks di bawah kategori yang sama iaitu seks luar tabie - satu mengaku sendiri dan satu lagi mengaku tidak bersalah dan sedang dibicarakan menghadapi sikap dan pendirian yang berbeza di Pejabat Peguam Negara.

Laporan lengkap berita tersebut boleh diakses di sini.

Adakah dakwaan ini benar dan mempunyai asas di sisi perundangan ia memerlukan penelitian pakar perundangan. Namun sebagai seorang yang berfikir secara bebas dan dengan menggunakan sedikit kemunasabahan kita boleh mendapat membaca bahawa semacam ada sesuatu yang tidak kena dalam isu ini, atas sebab politik.

Untuk menghilangkan sangkaan negatif masyarakat terhadap sistem dan amalan perundangan di tangan pihak berkuasa negara, satu penjelasan yang objektif, telus dan jujur perlu dilakukan oleh pihak berkenaan dengan kadar yang segera.

Sementara itu kita tunggu dan lihat perkembangan yang akan menyusul kelak.

Dakwaan ini menjadi ujian kepada pihak berkuasa untuk tampil dengan penuh integriti dan akauntabiliti - lisannya dan amalannya.

-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...