Sunday, March 14, 2010

Perlembagaan PTM 1957 - Proses Penggubalannya

Pemahaman mengenai penggubalan undang-undang tertinggi negara mestilah menyorot kembali sejarah awal proses asalnya pada tahun 1956 iaitu sekembalinya rombongan Tunku Abdul Rahman merundingkan kemerdekaaan negara dengan kerajaan Inggeris di United Kingdom.

Pelajar boleh merujuk sisi-sisi penting proses ini di dalam kertas kerja bertajuk 'Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu' yang telah dibentangkan oleh ahli sejarah negara dari UKM iaitu Profesor Dr. Nik Anuar Nik Mahmud.

Kertas kerja ini telah dibentang sewaktu Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin pada 12 Julai 2008, bertempat di Shah’s Village Hotel.

Berdasarkan maklumat dari laman sesawangnya, Kumpulan Prihatin daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu.

Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Sila klik di sini untuk membaca keseluruhan kertas kerja tersebut.

-------------------

'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...