Penguasaan suatu disiplin ilmu memerlukan pembacaan yang meluas dari berbagai sumber rujukan. Ini jadi prinsip pembelajaran tapi tidak lumrah di kalangan pelajar hari ini.
Mereka telah terbiasa atau dibiasakan (conditioned) untuk merujuk dan membaca hanya satu atau dua buku yang dicadangkan pensyarah. Lebih teruk lagi apabila nota kuliah yang difotokopi dari pensyarah itulah yang menjadi satu-satunya bahan bacaan mereka.
Bagi kursus Pengajian Malaysia, dengan rangkuman silibus yang luas, adalah tidak memadai untuk pelajar hanya bergantung kepada nota yang saya berikan.
Banyak sisi penting perlukan huraian lanjut dan kupasan lebih mendalam. Justeru, pelajar perlu lakukan dua perkara penting.
Pertama, sentiasa berbincang menggunakan senarai soalan lazim (FAQs) sama ada dalam Kumpulan Belajar (Group Study) atau melalui sesi konsultansi dengan saya selaku pensyarah.
Kedua, cari bahan tambahan untuk menambaik dan menyempurnakan nota kuliah. Lakukan rujukan silang, pilih bahan yang hanya sesuai di internet, cari di arkib berita untuk isu-isu semasa yang lepas dan banyak lagi boleh dilakukan untuk memperkukuh kefahaman.
Dengan kaedah di atas - dan ditambah lagi dengan cara buat nota yang efektif, membuat latihan, menyemak jawapan dan berbagai lagi - insyaALlah pelajar dapat menyegarkan semula ingatan dan mendalamkan kefahaman mereka. Inilah yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif.
Untuk membantu pelajar mendapatkan rujukan yang sesuai, saya telah upload senarai 'Rujukan Pengajian Malaysia' di Kenegaraan..box. Sila download untuk mendapatkan senarai buku-buku tersebut.
Selamat menimba ilmu di khutub khanah atau di mana sahaja yang boleh menjadi sumber rujukan ilmu.
Mentelaahlah pelajarku..
-------------------
'Bebaslah berfikir, bukan berfikiran bebas' selagi tidak emosional dan cekal berniat untuk mencari kebenaran.© cikgubad, 2009
No comments:
Post a Comment